Friday, January 1, 2010

Kalam Tahun Baru 2010

Assalamualaikum

Rasanya sudah lama cikgu tidak menulis dalam blog ini...dalam 2-3 minggu ini agak sibuk dalam proses membuat pemasaran perniagaan baru cikgu...untuk pengetahuan anda semua..cikgu sekarang menjalankan perniagaan berkaitan program pembelajaran "output learning" iaitu score A Programme dan juga menjual buku-buku keluaran Telaga Biru di bawah Stormreaders Network Sdn Bhd..
Ada semua boleh mengetahui lebih lanjut tentang perniagaan cikgu ini di bahagian "bisnes saya"..

Masa yang terluang ini cikgu ingin mengucap selamat tahun baru 2010...semoga azam yang kita bina masa tahun 2009 tercapai dengan gemilangnya..Bagaimana azam tahun 2010?Sudah kah kita merancang dan menulisnya?Diharapkan anda semua akan berusaha bersungguh dalam merealisasikan azam anda pada tahun ini...Alhamdulillah perniagaan cikgu semakin hari semakin baik..cikgu berharap perniagaan cikgu akan maju untuk selamaya..jadi jika anda berminat hendak mengetahui perniagaan cikgu ini..bolehlah menghubungi cikgu dengan menghantar email ke usahawanunggul@yahoo.com....akhir kalam..selamat tahun baru 2010..semoga azam baru kita ini akan dilakukan dengan bersungguh..terima kasih


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Wednesday, November 25, 2009


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Kesempatan ini cikgu ingin ucapkan selamat hari raya aidiladha..semoga pengorbanan yang kita laku selama ini akan diterima oleh Allah swt..

Cikgu Syam
D'Melbourne

Monday, November 16, 2009

Matlamat Unggul ..siri 2 Mukadimah

Mukadimah

Tahun 2009 akan berlabuh tidak lama lagi...Ramai yang bertanya..."Apa azam saya tahun depan"...persoalan ini sering ditujukan kepada kita bila nak menyambut tahun baru..dalam fikiran kita banyak perkara yang ingin kita lakukan pada masa akan datang.rasa berkobar-kobar untuk melakukan azam itu..
Artikel yang lepas "Nak ke Tak Nak" cikgu menulis tentang membuat keputusan untuk berjaya...sebenarnya di dalam kehidupan kita seharian pun proses untuk meletakkan matlamat itu sudah berlaku.Setiap pergerakan kita ini telah didorong atas kehendak dan sesuatu yang hendak kita capai pada hari tersebut.Cuma kadang-kadang kita tidak perasan bahawa kita telah melakukan proses matlamat itu..sebelum kita pergi ke sekolah tiap-tiap hari..kita berfikir hari ini kita akan belajar subjek apa?lepas tamat sesi persekolahan kita hendak buat apa?balik ke rumah dalam pukul berapa?..semua persoalan ini telah menunjukkan kita melakukan proses penetapan matlamat itu.Cuma ianya adalah satu proses penetapan matlamat yang ringkas untuk hari tersebut.

Apa sebenarnya matlamat itu?

Secara ringkas cikgu ungkapkan dengan ayat mudah..sesuatu yang kita hendak capai.Semua manusia ada impiannya...cuma ia perlu memerlukan pengorbanan masa dan dan semangat yang berkobar-kobar untuk mencapai matlamat tersebut..berdasarkan contoh di atas,kita meletakkan matlamat kita tiap-tiap hari..kalau macam tu jenguklah kita fikir tiap-tiap hari..cuba kalau kita ubah sedikit matlamat kita kepada setiap bulan dan kita kecilkan tugas kita kepada tiap-tiap minggu..agak-agaknya kita boleh nampak tak perkara yang lebih penting dan unggul?matlamat kita yang berlaku tiap-tiap hari itu tidak akan menjadikan kita seorang pelajar yang unggul.kita seharusnya melakukan proses matlamat yang lebih besar.ini dikatakan keunggulan matlamat.sudah pasti kesusahan dalam menetapkan matlamat yang unggul ini mempunyai cabaran yang lebih besar.kita terpaksa menggunakan masa dan fikiran kita dalam menentukan matlamat ini.

apa yang saya dapat dari matlamat unggul ini?

Banyak sangat yang pelajar dapat..dengan meletakkan matlamat yang unggul ini kita akan nampak perkara yang lebih luas dan bermakna dalam kehidupan kita.contohnya saya mendapat 8A dalam PMR tahun ini..ia akan membantu diri kita di dalam meyusun dan merancang jadual kehidupan kita yang boleh merealisasi matlamat itu.Dengan ini ia akan menjimatkan masa kita dan tidak melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah sebaliknya menggerakkan diri kita melakukan perkara-perkara yang boleh mencapai matlamat tersebut.

Untuk slot ini..cikgu inginkan pelajar-pelajar dapat memahami apa matlamat unggul itu.persoalannya..adakah kita sudah mempunyai matlamat yang unggul?cikgu akan kongsi keunggulan matlamat ini pada slot yang akan datang.Jumpa pada masa akan datang.Teruskan membaca siri keunggulan matlamat ini



salam keunggulan


Cikgu Syam
D'Melbourne