Saya ingin berkongsi dengan pelajar dan saudara sekalian berkaitan buku yang saya baca tentang memulakan bisnes sendiri...
Memulakan Bisnes Sendiri...Ainon Mohd.(PTS PROFESSIONAL Publishing Sdn Bhd)
Bab awal (kisah benar seorang jutawan)lagi telah menarik perhatian saya untuk meneruskan pembacaan di dalam buku ini...banyak menceritakan kisah benar baik pengalaman manis atau pahit di dalam perniagaan.Mengandungi 11 bahagian dan terkandung 69 bab..Insyaallah ilmu yang ada di dalam buku ini memberi suntikan idea kepada saya untuk menyediakan modul usahawan bagi menerapkan kemahiran usahawan di kalangan pelajar saya jika diberi peluang mengendali koperasi sekolah apabila pulang bekerja nanti (2013).Jika tidak pun..saya akan menggunakan nya untuk modul pengajaran saya sendiri dalam menerapkan kemahiran usahawan semasa saya mengajar nanti.
Mungkin juga buku ini seseuai untuk rakan seperjuangan di dalam pendidikan bagi bersama-sama berusaha menerapkan semangat keusahawanan di kalangan pelajar kita...Insyaallah dengan melabur dalam ilmu ini..cuma RM29.00 sahaja...diubahsuai cara kita mengajar dan diolah dengan keseronakan akan memberi suntikan semangat usahawan di kalangan pelajar kita..
Bagi pelajar saya yang meneruskan pengajian di IPTA atau IPTS..bolehlah mengambil peluang ini untuk mempelajari serba sedikit ilmu tentang bisnes sendiri...tanamkan azam dalam diri pelajar supaya pada suatu hari nanti saya akan menjadi seorang majikan dan memiliki bisnes sendiri..
Banyak ilmu yang boleh dicungkil bagi mempersiapkan diri dalam membuka perniagaan sendiri...mungkin di antara pelajar dan saudara yang berminat untuk menjadi usahawan..boleh lah mencari buku ini untuk dibaca...seronok dan mudah untuk difahami...melabur lah dalam ilmu...insyaallah kita akan dapat banyak manfaatnya...
Cikgu Syam
D'Melbourne
No comments:
Post a Comment