
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Assalammualaikum dan Salam keunggulan
"Dengan senyuman titik permulaan keunggulan diri"
Nama cikgu diilhamkan oleh arwah atuk cikgu...katanya.."moyang cikgu dulu seorang mualim dan tok guru...dalam mimpinya..jika engkau dapat cucu nanti..engkau berilah namanya seperti ku...SYAMSUDDIN."(Matahari Agama)..walaupun cikgu cuba juga jadi seorang akauntan dan auditor..akhirnya cikgu ditempatkan juga sebagai seorang pendidik..begitulah...kuatnya nama kita ini dalam menentukan peranan kita di dalam kehidupan...Alhamdulillah..Sekarang cikgu mempunyai masa yang cukup lapang..cikgu mengambil cuti tanpa gaji selama 3 tahun..dan pada masa ini cikgu berada di Melbourne,Australia..Cikgu telah mengajar matapelajaran prinsip perakaunan ini dari tahun 2004 hinggalah sekarang(Julai 2009) sebelum cikgu terbang ke bumi melbourne ini.....Cikgu mengambil kesempatan cuti yang panjang ini untuk menuntut ilmu dari pengalaman,idea orang,kehidupan disini dan daripada pembacaan buku-buku disini.cikgu mengambil peluang yang ada ini bagi menghasilkan blog "cikgusyam" ini untuk berkongsi idea berkaitan dengan matapelajaran perakaunan,motivasi,idea-idea yang boleh dikongsi daripada pengalaman dan pembacaan.Ia juga bagi menyediakan diri cikgu dalam kerjaya guru apabila cikgu KEMBALI mendidik anak-anak didik cikgu 3 tahun akan datang.Jadi dengan adanya blog ini dapatlah membantu dan memberi sedikit sebanyak cetusan minda untuk pelajar cikgu...tak kira sama ada anak murid cikgu atau pengunjung blog ini...sekarang ini masa cikgu memang banyak...Allah anugerah masa ini untuk memberi peluang kepada cikgu untuk mencambah ilmu,merancang masa depan,menentukan perancangan kewangan keluarga cikgu dan mendidik anak-anak cikgu sendiri...jadi kesempatan ini juga..cikgu ingin berkongsi ilmu dan pengalaman yang tak seberapa ini dengan semua pelajar cikgu dan pengunjung blog ini..semoga ia memberi manfaat kepada semua...
Salam keunggulan
Cikgu Syam
D'Melbourne
No comments:
Post a Comment