Kenapa ya cikgu nak bagitau tentang tabung buluh ini...bila cikgu baca sebuah buku..."Jutawan dari Planet Jupiter...Azizi Ali"...buku ini bukanlah buku yang mengandungi perkara-perkara aneh untuk menjadi jutawan..ia merupakan tip perancangan kewangan peribadi..cikgu suka dengan istilah "kita asyik menekan zon serangan sahaja berbanding zon pertahanan"...baru cikgu nampak kepentingan dalam perancangan kewangan kita tidak kira samaada kita ini masih pelajar sekolah,seorang pekerja atau usahawan ..kita jarang menekan aspek pertahanan kewangan kita...Jika kita sebagai seorang pelajar...hidup kita cukup mudah..duit mesti sentiasa ada pada kita supaya kita boleh berbelanja.penatlah ibubapa kita bekerja bagi memenuhi kehendak kita..dan kita banyak mengikut trend pelajar zaman sekarang...rata-ratanya ramai pelajar memilik telefom bimbit(handset)..bila dah ada...kena topup lagi..kita akan sentiasa meminta duit belanja dan duit topup daripada ibubapa kita...bagi pelajar cikgu di IPTA/IPTS pula sakan pulun berbelanja duit biasiswa dan pinjaman ..sedar je duit dah habis bila nak guna untuk belajar..kita mengulangi sikap kita masa disekolah dulu meminta duit dari ibubapa kita lagi..apa yang kita idamkan masa dulu...kita balas dendam balik dengan berbelanja sakan..bagi kita yang dah dewasa ini...kita pulak cuba memenuhi pandangan orang lain sedangkan kita selalu kesempitan wang..maksud saya..bila pakai kereta baru dan mewah..orang akan hormat kita..."wah tuan ni nampak bergaya dan senang lah."..kita rasa syok je bila orang puji macam tu..tapi hakikat yang sebenarnya kita ni adalah transit duit sahaja...masuk gaji...dalam 2-3 hari...keluar banyak...jarang kita fikir simpanan adalah keutamaan dan selepas itu barulah berbelanja...selalunya belanja dulu..ada lebih baru simpan..bila tak cukup duit..barulah kita pulun untuk buat part time...
Cikgu dulu pernah merasakan situasi itu...mungkin pelajar dan saudara tidak begitu...cikgu cuma berkongsi idea dan pandangan..ia boleh di jadikan pengajaran kepada orang muda (pelajar-pelajar cikgu) bagi mempersiapkan diri pada alam pekerjaan atau usahawan nanti...dan juga anggap sahaja ia adalah perkongsian idea kepada saudara...idea ini boleh kita terapkan kepada anak-anak kita nanti..sebenarnya masa disekolah lagi kita kena didik diri kita menyimpan sekurang-kurangnya 10% dari duit yang kita terima...contohnya ayah kita bagi belanja sekolah hari ini..RM10.00...sewajibnya kita kena simpan minima RM1.00..kalau RM2.00 lagi cantik(20%).Dalam hati berkata...tak banyak sangat kita simpan tu???berapa ya kita boleh simpan dalam sebulan (RM1.00x20hari=RM20.00)...mungkin nilai RM20.00 ini tidak besar bagi pelajar zaman sekarang...bukanlah nilai RM20 itu yang cikgu nak tekan kan tapi proses menyimpan itu yang patut kita tanamkan dalam minda kita...pagi-pagi keluar ke sekolah...masukkan RM1 dalam tabung kita..bawa RM9 ke sekolah...kalau ada lebihan lagi..balik sekolah kita tabung lagi...macamana?? boleh ikut petua ini..kalau kita tanam pokok durian hari ini...kita mengharapkan bersungguh2 pokok itu berbuah esok..memang satu keajaiban tapi kita jarang nak tau kesusahan proses tanam pokok durian hinggalah dapatnya merasa nikmat buah durian itu..inilah yang cikgu cuba kongsikan...PROSES...
Bila cerita bab ini(pandangan orang)..masa akhir tahun di universiti dulu..ramai sahabat-sahabat cikgu ada handset...bila mesyuarat aktiviti di universiti..ramai orang akan pandang sinis sebab cikgu tiada no bermula 01 apa...yang cikgu ada no bilik asrama sahaja..kalau nak bagi notis mesyuarat atau apa..sila ke B212 di kolej TEN..itu jawapan selamba cikgu...hakikatnya cikgu dah buat peruntukan kewangan untuk simpan,belajar,tambang balik kampung,makan..jadi duit itu cukup untuk semuanya..tidak dapat bermewah untuk memiliki handset..yang penting kita tidak menyusahkan orang lain..
Apa yang cikgu cuba terapkan ialah ZON PERTAHANAN...TANAMKANLAH SIFAT SUKA SIMPAN..DAPAT SAHAJA DUIT...KIRA TERUS 10%..TOLAK KETEPI...SELEBIHNYA BARULAH BERBELANJA DENGAN CERMAT...Ilmu ini berguna untuk semua orang...perkara ini memang nampak mudah tapi susah hendak lakukan..cikgu bukannya hendak promosi buku jutawan dari planet jupiter itu..kalau ada kelapangan bacalah...bagi pelajar ia merupakan ilmu persediaan bila kita dewasa nanti...supaya kita tidak melakukan kesilapan yang selalu dilakukan orang yang sudah memiliki duit sendiri...cikgu minta maaf kalau ada yang menyinggung perasaan..sekadar perkongsian idea...SIMPANLAH DULU BARU BERBELANJA...
Gambar buku tersebut
Cikgu Syam
D'Melbourne
No comments:
Post a Comment